Apa yang pembeli rumah harus tahu??

Pembeli rumah harus bijak dalam membeli rumah dan mengetahui faedah2 yang diperolehi dari pembelian rumah.Ada sesetengah pemaju yang tidak memberi keistimewaan dalam pembelian rumah dan pihak pembeli harus membayar kos guaman pembeli dengan pihak pemaju dan pembeli dengan pihak bank. Bukan mudah untuk membeli rumah. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. (^^).... 

Antara yang perlu ditanya kepada pihak pemaju:
1. Bayaran booking (berapakah jumlah bayaran booking (biasanya diantara rm100-1000k) bagaimanakah proses, apa yang akan berlaku jika pembeli tidak mahu rumah tersebut, apakah yang menyebabkan bayaran booking tidak dikembalikan)
2. Status tanah (Hak milik kekal atau sementara 99 tahun)
3. dan yang paling penting adalah kos guaman (sama ada ditanggung oleh pihak pemaju atau pun pembeli sendiri).. Biasanya ada yang menawarkan kos guaman diantara pihak pemaju dengan pembeli ditanggung oleh pemaju 100%, dan hnya kos guaman diantara pihak pembeli dengan bank harus ditanggung sepenuhnya oleh pembeli sendiri. Perlu diingatkan, kos guaman adalah berbeza2 mengikut harga rumah dan ada yang melebhi rm6k-rm10k...
4. Pembeli rumah harus ingat, banyak lagi bayaran yang perlu dibayar oleh pembeli diantaranya ialah insuran perumahan, elektrik dan lain2 lagi.. dianggaran pihak pembeli harus mempunyai wang simpanan dalam anggaran 10-15% daripada harga rumah. - MUDAH DAN BAYARAN KURANG JIKA MENDAPAT 100% LOAN... dan jika bayaran 90% jumlah harga yang perlu dibayar lagi banyak...
Saya sekadar berkongsi pengalaman dn memberi info tentang maklumat yang anda perlukan.

Comments