Skim Perumahan Pertamaku hanya bagi pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan


Skim Perumahan Pertamaku hanya bagi pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tapi boleh memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman mereka ke tempoh maksimum.
Sebagai contoh: 
Pembeli (anggaran gaji kasar) RM 1600 boleh disatukan (J.V) dengan saudara atau adik-beradik anggaran gaji kasar yang kedua-duanya berjumlah tidak lebih dari RM3000. Saya juga ada membeli rumah berharga RM149K dengan menggunakan Skim Rumah Pertama dengan menggunakan satu nama tapi xjuga lepas sebab harga rumah bulanan RM700 lebih tidak layak untuk gaji saya yang rendah. Pihak bank akan sarankan untuk J.V membeli rumah tetapi hanya dapat 90% sahaja. Skim Rumah Pertama hanya untuk pembeli yang pertama kali ingin membeli rumah. Tapi ade sesetengah pihak bank yang mampu membantu dengan mendapat 100% loan dengan J.V nama pembeli bersama saudara. Biasanya skim ini bergantung kepada pihak bank, pihak pemaju hanya membantu pembeli dalam mendapatkan pinjaman skim rumah pertama. Lagi pun skim rumah pertama ni terlalu baru dan banyak pihak bank malas menjalankan proses penilaian terhadap permohonan pembeli.


Jika harga rumah, contoh dalam harga rm115k (bulan yang perlu dibayar dalam rm500 lebih) dan gaji bersih jika 1/3 daripada rm1800 adalah 600, peratus mendapatkan rumah secara 100% mungkin boleh disokong oleh pihak bank. Jika ianya juga tidak menyakinkan pihak bank, pihak bank pasti akan meminta pembeli J.V nama dengan saudara yang sudah bekerja untuk mendapatkan 100% loan. Apa yang saya boleh katanya, ianya bergantung keseluruhan pada pihak bank sama ada ingin meluluskan atau tidak...

Comments